Feeds:
Posts
Comments

Jalan dibina

Sebatang jalan telah dibina oleh kerajaan tidak jauh dari tapak madrasah awal tahun ini.

Ini tentunya memudahkan sebarang kerja pembinaan di masa depan insha Allah.

Kami telah berganding bahu dengan Yayasan Rabitatul Islamiah Malaysia (YARIM) untuk projek pembinaan madrasah ini.

Mulai 24 Oktober 2008, sumbangan tuan-puan boleh dikecualikan cukai pendapatan LHDN. Resit akan dikeluarkan atas nama YARIM, beserta dengan no rujukan LHDN.

Wassalam.

Semoga Ramadan tahun ini membawa keberkatan dan manfa’at kepada kita semua.

Amin.

Bantuan

Assalamu ‘alaikum,

Kami ingin meminta jasa baik pembaca dermawan kiranya dapat memberi bantuan kewangan dan material untuk membina sebuah lagi madrasah. Kami di dalam proses mendirikan ‘Darul Hijrah’ iaitu sebuah pusat pengajian secara pondok. Kitab-kitab kuning (turas) akan digunakan sebagai dasar, dan tenaga pengajar adalah dari guru-guru tempatan. Ia tidak ada kaitan dengan sebarang parti politik atau kegiatan subversif.

Tapak pondok di Rantau Panjang, Kelantan telah pun dililuluskan oleh pihak berkuasa tempatan, dan sedia untuk ditolak. Tapak seluas 1.6 ekar telah disumbangkan oleh ahliniaga tempatan sepertimana wasiat arwah ayahnya. Pejabat Daerah Pasir Mas kemudian menambah 2 ekar lagi tanah berdekatan.

Jika pembaca budiman ingin menambah saham akhirat, hubingi kami di

DarulHijrah at hotmail dot com  (gantikan simbol sepatutnya – elak spam).

Ataupun tinggalkan komen di blog ini. InsyaAllah kami hubungi semula.

Rujukan boleh kami sediakan jika pembaca perlu menelitinya.

Jazakallahu khair.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.