Assalamu ‘alaikum,
Kami ingin meminta jasa baik pembaca dermawan kiranya dapat memberi bantuan kewangan dan material untuk membina sebuah lagi madrasah. Kami di dalam proses mendirikan ‘Darul Hijrah’ iaitu sebuah pusat pengajian secara pondok. Kitab-kitab kuning (turas) akan digunakan sebagai dasar, dan tenaga pengajar adalah dari guru-guru tempatan. Ia tidak ada kaitan dengan sebarang parti politik atau kegiatan subversif.
Tapak pondok di Rantau Panjang, Kelantan telah pun dililuluskan oleh pihak berkuasa tempatan, dan sedia untuk ditolak. Tapak seluas 1.6 ekar telah disumbangkan oleh ahliniaga tempatan sepertimana wasiat arwah ayahnya. Pejabat Daerah Pasir Mas kemudian menambah 2 ekar lagi tanah berdekatan.
Jika pembaca budiman ingin menambah saham akhirat, hubingi kami di
DarulHijrah at hotmail dot com (gantikan simbol sepatutnya – elak spam).
Ataupun tinggalkan komen di blog ini. InsyaAllah kami hubungi semula.
Rujukan boleh kami sediakan jika pembaca perlu menelitinya.
Jazakallahu khair.
Leave a comment